Society Arts & Culture
SEE OTHER BRANDS

The latest news on culture, society and lifestyle

Filem Saga Dune terbitan Legendary Entertainment Kembali Lagi Memilih Abu Dhabi sebagai Lokasi Penggambaran Utama

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, Aug. 26, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Abu Dhabi sekali lagi dipilih sebagai lokasi penggambaran utama bagi bab seterusnya dalam adaptasi sinematik Denis Villeneuve terhadap karya fiksyen sains klasik Frank Herbert, Dune.

Legendary Entertainment hari ini mengesahkan bahawa penggambaran bagi filem ketiga yang amat dinanti-nantikan akan sekali lagi berlangsung di padang pasir Liwa, Abu Dhabi. Dengan hamparan bukit pasir yang menjulang tinggi dan ufuk keemasan yang luas, lokasi ini dipilih bagi menghidupkan semula keindahan planet mitos Arrakis.  Filem ini akan meneruskan kisah epik Paul Atreides serta mengekalkan warisan kompleks pemerintahan empayar yang ditinggalkannya.

Penggambaran di bandar padang pasir tersebut dijadualkan bermula pada hujung tahun ini. Creative Media Authority Abu Dhabi dan Abu Dhabi Film Commission akan menyediakan sokongan logistik yang penting, manakala Image Nation berperanan sebagai rakan produksi utama.

Filem ini, sebagai kesinambungan kepada francais pemenang Anugerah Academy Award® terbitan Legendary Pictures dan Warner Bros. Pictures, akan turut menikmati insentif rebat pulangan tunai yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Filem Abu Dhabi.

Sejak pengenalan skim rebat pulangan tunai tersebut, Abu Dhabi telah menjadi lokasi penggambaran bagi lebih 180 produksi filem dan televisyen utama — termasuk F1® The Movie, Mission: Impossible, Star Wars, Fast and Furious, Sonic the Hedgehog, serta filem Netflix seperti 6 Underground dan War Machine. Hal ini mencerminkan kepelbagaian lokasi, bakat tempatan, serta insentif industri perfileman yang ditawarkan oleh emiriah ini.

Mengenai Creative Media Authority di Abu Dhabi

Misi Creative Media Authority (CMA) ialah untuk memperjuangkan penciptaan kandungan di Abu Dhabi dengan memperkasa para pencipta melalui panduan strategik, pembangunan bakat, sokongan kewangan serta mewujudkan persekitaran terkawal selia bertaraf dunia.

CMA telah dilancarkan dengan mandat untuk memastikan ekosistem yang sesuai tersedia bagi membolehkan pencipta kandungan berkembang maju.

Tanggungjawab pihak berkuasa ini merangkumi penyeliaan organisasi dan inisiatif strategik dalam industri kreatif Abu Dhabi, termasuk Image Nation Abu Dhabi dan Abu Dhabi Film Commission, serta inisiatif latihan dan pembangunan seperti Creative Lab dan Arab Film Studio.

https://www.cma.gov.ae/

Mengenai Abu Dhabi Film Commission
Ditubuhkan pada tahun 2009, Abu Dhabi Film Commission (ADFC) memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi Abu Dhabi untuk menjadi destinasi global terkemuka dalam industri kreatif dan media. ADFC menyokong dan mempercepatkan pembangunan industri filem dan televisyen Abu Dhabi dengan mempromosikan Emiriah sebagai destinasi produksi bertaraf dunia serta menarik produksi tempatan, serantau dan antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.film.gov.ae

Mengenai Image Nation Abu Dhabi
Image Nation Abu Dhabi merupakan salah satu studio filem terkemuka di Timur Tengah dengan misi untuk membuka potensi bakat kreatif rantau ini dan membawa kisah-kisah penuh warna ke persada dunia.

Syarikat ini telah membina reputasinya dengan melangkaui sempadan dan membebaskan imaginasi melalui kandungan yang merangkumi filem dan program TV yang memenangi anugerah, dokumentari serta siri tanpa skrip, yang dihasilkan bersama rangkaian pencipta kandungan, pengedar dan saluran global. Dengan memacu idea, bakat dan perusahaan, studio ini menggalakkan dialog serta membina hubungan yang dapat merapatkan jurang budaya.

Produksi Image Nation telah ditayangkan di festival filem seluruh dunia dan menerima penghormatan tertinggi industri filem dan televisyen, termasuk Academy Award, BAFTA dan anugerah Emmy.

Dalam melaksanakan misinya, Image Nation turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi Abu Dhabi untuk membentuk ekonomi yang kompetitif, mampan dan terbuka secara global, serta meletakkan emiriah tersebut sebagai hab penciptaan kandungan serantau.

Mengenai Legendary Entertainment
Legendary Entertainment merupakan syarikat media terkemuka yang merangkumi bahagian filem (Legendary Pictures), televisyen dan digital (Legendary Television and Digital Media), serta komik (Legendary Comics), yang komited untuk memiliki, menghasilkan dan menyampaikan kandungan kepada penonton di seluruh dunia. Legendary telah membina perpustakaan harta intelek media yang terkenal dan telah menempatkan dirinya sebagai jenama yang dipercayai, yang secara konsisten menghasilkan hiburan komersial berkualiti tinggi termasuk beberapa harta intelek paling popular di dunia. Secara keseluruhan, produksi terbitan Legendary Pictures telah menjana kutipan hampir AS$21 bilion di box office seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.legendary.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/36b0ee4e-00d4-4c48-8189-ddb615b69797


Hubungi:
Tryph Greenwood
tryph@thebrillcollective.com

Primary Logo

DUNE PIII Announcement Image

DUNE PIII Announcement Image

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions